
Israel, Hamas setuju laksana gencatan senjata
DOHA – Israel dan Hamas bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula Ahad ini bagi menghentikan perang selama 15 bulan di Gaza.
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani berkata, fasa pertama perjanjian itu akan berlangsung selama 42 hari dan membabitkan pembebasan 33 tahanan Israel sebagai pertukaran dengan sejumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan.
Sheikh Mohammed berkata, Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) akan memastikan perjanjian itu dilaksana.
Media melaporkan, di bawah rancangan gencatan senjata itu, Israel akan memperoleh semula kira-kira 100 tebusan dan mayat yang masih tinggal dalam kalangan mereka yang ditangkap dalam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.
Sebagai balasan, tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel akan dibebaskan.
Rancangan itu juga termasuk pengunduran tentera Israel secara beransur-ansur dari tengah Gaza dan pemulangan penduduk Palestin yang dipindahkan ke utara daerah itu.
Perjanjian itu juga memerlukan Hamas membebaskan 33 tebusan Israel, berserta langkah lain.
Peperangan Israel di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 46,707 rakyat Palestin dan mencederakan 110,265 sejak 7 Oktober 2023.
Sekurang-kurangnya 1,139 orang terbunuh di Israel ketika serangan pimpinan Hamas dalam kejadian itu dan lebih 200 orang ditawan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








