BERITA SEMASADALAM NEGERI

Tapak masjid baharu di Dengkil didakwa diceroboh, dibina rumah ibadat haram dan kandang lembu

SEPANG – Lokasi sebuah tapak masjid baharu di Dengkil di sini didakwa telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan membina struktur rumah ibadat haram.

Ketua Kampung Dengkil, Al Rasyid Ab Rani mendedahkan, struktur binaan haram itu terselindung di sebalik kandang lembu dan rumah kongsi haram yang diduduki warga asing.

“Isu tapak Masjid Dengkil ini dah lama, punca pihak berkuasa agama negeri tidak bagi tarikh untuk bina masjid kepada pejabat tanah, sebab itu tanah berkenaan terbiar.

“Bila terbiar penceroboh masuk siap buat rumah, buat kuil, buat kandang lembu dan rumah kongsi untuk Bangladesh serta dapat kutip sewa dalam anggaran RM5,000,” dakwanya kepada Malaysia Tribune.

Ketua Kampung Dengkil, Al Rasyid Ab Rani mendedahkan terdapat struktur rumah ibadat haram yang dibina di sebuah tapak masjid di Dengkil.

Katanya, meskipun kawasan tersebut kerap dilanda banjir, mereka telah menebuk ban bagi mengalirkan air ke kawasan kampung berhampiran.

Mengulas lanjut katanya, perkara tersebut telah dibawa ke pengetahuan pihak agama negeri namun mereka memberi alasan tanah itu dituntut oleh orang asal.

“Pejabat agama asyik beri alasan tanah itu dituntut orang asal tetapi pejabat tanah enggan layan sebab tanah itu milik kerajaan dan tidak diwartakan untuk Orang Asli.

“Sekarang Orang Asli tidak mendapat sebarang faedah sebaliknya penceroboh yang mendapat kutip pelbagai hasil dari tapak tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak berkuasa agama negeri segera bertindak ke atas penceroboh tanah tersebut.

“Mereka kena keluarkan tarikh mula pembinaan, barulah pejabat tanah kosongkan tempat itu,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button