Surat tawaran haji musim 1447H/2026M mula dikeluarkan Jumaat ini
CYBERJAYA – Surat tawaran haji bagi musim haji 1447H/2026M akan mula dikeluarkan secara berperingkat mulai Jumaat ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan berkata, mereka yang tidak menerima surat tawaran kerana belum tiba giliran, berpeluang membuat rayuan menerusi platform THiJARI bermula 3 November.
Jelas TH, pihaknya akan mengambil kira beberapa kriteria dalam memproses rayuan yang diterima termasuk tempoh pendaftaran haji, umur, purata baki simpanan dan kekerapan rayuan.
Selain itu katanya, bakal haji diingatkan untuk mencukupkan simpanan di TH sekurang-kurangnya kepada RM15,000.
“Ia bagi melayakkan diri untuk menerima tawaran haji atau dalam membuat permohonan rayuan haji, selain perlu lulus pemeriksaan kesihatan.
“TH menasihatkan bakal jemaah untuk segera mengemaskini maklumat peribadi agar tidak terlepas daripada peluang menunaikan haji dan memeriksa giliran melalui saluran digital THiJARI atau hadir ke cawangan terdekat,” kata TH lagi.
Mengulas lanjut, TH memberitahu, pihaknya telah menganjurkan Kursus Asas Haji di lebih 200 buah masjid di seluruh negara bermula dari 3 Oktober lalu bagi membantu bakal haji mempersiapkan diri dengan ilmu yang cukup untuk menunaikan ibadat haji.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








