BERITA SEMASA

Sultan Selangor kongsi ‘petikan pedas’

CYBERJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik perhatian ramai apabila berkongsi satu petikan pedas berkaitan politik dan rasuah.

Hantaran di akaun Facebook Selangor Royal Office itu menyatakan, Baginda tertarik dengan petikan yang dikaitkan dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-33, Harry S. Truman.

Petikan tersebut berbunyi, “No man can get rich in politics unless he’s a crook.”

Terjemahannya dalam Bahasa Melayu berbunyi, “Tiada seorang pun mampu menjadi kaya melalui politik melainkan dia seorang penyeleweng.”

Hantaran tersebut turut mengandungi satu lagi petikan iaitu “Jika golongan paling kaya dalam sesebuah masyarakat terdiri daripada ahli politik, maka masyarakat itu pada asasnya telah dirosakkan oleh rasuah.”

Menurut hantaran tersebut, perkongsian itu dibuat sebagai renungan kepada masyarakat.

“Renungan untuk kita semua. Semoga bermanfaat,” kata hantaran ringkas itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button