POLITIK

Pimpinan PAS amalkan politik ala khawarij harus ditentang, ditolak – Kamil Munim

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan pendirian PAS susulan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas berhubung insiden kekecohan di Kampung Sungai Baru yang berlaku baru baru ini.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan PAS yang seolah-olah tidak mengecam individu mencederakan anggota keselamatan menimbulkan persoalan sama ada parti itu bertekad untuk mengangkat budaya politik pelampau.

“Apakah PAS hari ini bertekad mengangkat budaya politik pelampau selepas insiden qunut nazilah tempoh hari, dan kini berdiam diri tatkala anggota keselamatan diperlakukan sedemikian rupa?

“Individu yang mendatangkan kecederaan langsung tidak disentuh dan dikecam, berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas. Ini seolah-olah mahu menjadi ‘enabler’ terhadap tindakan ganas dan biadab yang berlaku di Kampung Sungai Baru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa terbuka terhadap teguran dan kritikan yang membina.

“Namun kebebasan itu tidak boleh disalahgunakan sehingga menghalalkan keganasan terhadap pihak berkuasa.

“Budaya demokratik yang sihat ini terus segar dengan ruang yang diberi oleh kerajaan.

“Tindakan mencederakan anggota keselamatan dalam keadaan tiada seorang pun penduduk yang dicederakan pihak berkuasa adalah sesuatu yang harus dikecam semua pihak yang cintakan keamanan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan dijalankan secara telus dan adil selain memastikan pembelaan sewajarnya diberikan kepada pegawai polis yang tercedera dalam insiden tersebut.

“Sebahagian pimpinan PAS yang mengamalkan politik ala khawarij ini harus ditentang dan ditolak sekerasnya demi sebuah Malaysia yang aman dan stabil,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button