SUKAN

Sukan Sea: William Yoong sumbang pingat pertama negara

PHNOM PENH – Malaysia berjaya memperoleh pingat pertama di Sukan SEA Kemboja melalui atlet lari berhalangan lelaki negara, William Yoong Wei Theng sebentar tadi

Yoong berjaya meraih gangsa dalam acara 100 meter (m) individu lelaki Obstacle Race yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Chroy Chongva, di sini.

William mencatat masa 28.8 saat (s) untuk mengetepikan wakil tuan rumah, Ol Saoheng.

Dia selepas ini akan mengalihkan fokusnya bagi memburu emas bersama Mohd Redha Rozlan, Nur Hafis Said Alwi, dan Ghalib Mohamad Azimi dalam saingan akhir berganti-ganti lelaki esok.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button