SUKAN

Kajian penganjuran Sukan SEA akan dibentang ke Kabinet tidak lama lagi

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membentangkan kajian penganjuran Sukan SEA 2027 kepada Kabinet sebelum temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bermula 26 Julai ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sesi pembentangan itu juga akan melibatkan penerangan mengenai impak kewangan serta sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk syarikat-syarikat korporat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Khamis lalu.

“KBS sedang menyediakan kajian untuk dibentang kepada Kabinet berdasarkan libat urus dengan pihak berkepentingan dan penganjuran Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur sebelum ini. Saya tidak tahu minggu yang tepat tetapi pastinya sebelum Sukan Olimpik 2024.

“Sesi pemegang taruh pula hanya ada satu sesi sahaja dan respons daripada sesi berkenaan tempoh hari adalah positif,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini Hannah berkata, beliau menjangkakan perbelanjaan untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 memakan kos melebihi RM700 juta.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melepaskan peserta Poweman Malaysia 2024 di Putrajaya hari ini.

Sukan SEA 2027 bakal menjadi penganjuran kali ketujuh Malaysia selepas menjadi penganjur pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

Sementara itu, acara Powerman Malaysia 2024 yang dianggap sebagai acara larian-berbasikal-larian (run-bike-run) duathlon terbesar dunia, menarik penyertaan lebih 3,000 peserta bermula umur 6 hingga 78 tahun dari 32 negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button