JENAYAH & MAHKAMAH

Suami curang pukul isteri di hotel ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya selepas ‘kantoi’ curang di sebuah hotel di Port Dickson, baru-baru ini ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan ketika hadir di Mahkamah Syariah Bangi, dekat sini, hari ini.

“Reman terhadap juruteknik itu akan dibuat esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, tular video seorang wanita menyerbu sebuah hotel yang disyaki menjadi lokasi suaminya bertindak curang.

Sehubungan itu polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button