Stesen Arau tidak boleh dilalui akibat banjir, penumpang dialihkan ke Stesen Kodiang – KTMB
ARAU – Perkhidmatan Tren Elektrik Sederhana (ETS) terus beroperasi seperti biasa walaupun laluan ke Stesen Arau tidak boleh dilalui akibat banjir.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan, penumpang yang sepatutnya menaiki atau menuruni tren di Stesen Arau kini dialihkan ke Stesen Kodiang sehingga keadaan kembali pulih.
“Notifikasi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut dihantar kepada pelanggan yang terjejas mengenai pertukaran lokasi stesen,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Kakitangan KTMB turut ditempatkan di Stesen Kodiang bagi membantu dan menyelaras pergerakan penumpang, memastikan proses menaiki dan menuruni tren berjalan lancar dan teratur.
KTMB memaklumkan, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca serta paras air dan mengemas kini maklumat terkini melalui saluran media sosial rasmi dari semasa ke semasa.
“Pihak syarikat mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan ini,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








