Tren KTM komuter, ETS tergendala lebih sejam akibat cuaca buruk
KUALA LUMPUR – Cuaca buruk yang melanda ibu negara petang tadi menyebabkan perkhidmatan tren KTM Komuter dan tren elektrik (ETS) terganggu sehingga lebih sejam daripada jadual asal.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya berkata, hujan lebat dan angin kencang yang mengakibatkan pokok tumbang menjejaskan bekalan kuasa di laluan Salak Selatan-Simpang Batu.
Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dan baik pulih talian siap sekitar pukul 8 malam tadi.
“Operasi perkhidmatan KTM Komuter dan ETS akan beroperasi seperti biasa namun masih mengalami reaksi kelewatan semasa,” katanya.
Menurut kemas kini KTMB di laman Facebook, 10 stesen dijangka mengalami kelewatan perkhidmatan antara 30 minit hingga lebih sejam.
Antaranya ialah Stesen Subang Jaya, Sungai Buloh, Kepong, Putra, Seri Setia, Pantai Dalam, Kajang, Bank Negara, Seputeh dan Salak Selatan.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di beberapa negeri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








