KTMB tawar diskaun 30 peratus sempena pembukaan ETS ke JB Sentral
KUALA LUMPUR – Sempena pembukaan perkhidmatan tren elektrik (ETS) ke JB Sentral, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun istimewa 30 peratus bermula 12 Disember ini.
Dalam kenyataan hari ini, KTMB memaklumkan tawaran diskaun itu melibatkan perjalanan dari 12 Disember hingga 11 Januari tahun hadapan bagi sektor KL Sentral-JB Sentral-KL Sentral.
Ketua Pegawai Teknikal KTMB, Ir Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata, penumpang boleh menikmati tawaran itu dengan menggunakan kod promosi JBBEST semasa pembelian tiket.
Beliau berkata, sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan, tertakluk kepada terma dan syarat.
“Kemudahan pengangkutan awam itu bukan sahaja memudahkan mobiliti harian, malah menyokong pertumbuhan industri pelancongan dan ekonomi Johor dengan menarik lebih ramai pelancong, termasuk dari Singapura.
“Pelaksanaannya tepat pada masanya menjelang musim cuti sekolah dan penghujung tahun, ketika rakyat Malaysia mengambil peluang bercuti ke Johor manakala rakyat Johor pula menikmati perjalanan mudah ke destinasi luar negeri melalui sambungan tren ETS,” katanya.
Tiket boleh dibeli melalui aplikasi KITS Style, laman sesawang rasmi KTMB atau mesin kios KTMB bagi kemudahan pelanggan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








