BERITA SEMASA

Agong berkenan pandu ETS KTMB dari Kuala Lumpur ke Rawang

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan memandu sendiri Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Rawang.

Menurut hantaran di Facebook rasmi baginda, Seri Paduka tiba di Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada pukul 9.15 pagi sebelum memasuki kokpit ETS2 untuk menerima taklimat pemanduan daripada Kapten Roslan, Kapten Hairul Yani dan Kapten Syukri Ghazali.

Sesi itu turut disertai Ketua Kawalan Operasi KTMB, Sadun Abdullah dan Inspektor Lokomotif, Kamal Asmawi.

Mengiringi baginda sepanjang pemanduan selama sejam itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr Azmi Rohani; serta Ketua Pegawai Teknikal merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Ahmad Nizam Mohamed Amin.

Sultan Ibrahim sebelum ini mencatat sejarah apabila diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama di negara ini memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26 pada 2010.

Baginda turut pernah memandu kereta api dalam program Kembara Mahkota Johor (KMJ 2010).

Pada 2010, baginda memperoleh lesen memandu kereta api selepas berjaya melakukan prosedur turn table bagi memusingkan lokomotif seberat 86 tan dalam masa 10 minit di Stesen Gemas, Negeri Sembilan, sekali gus menjadi sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer dalam tempoh tiga hari.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button