KTMB sahkan kejadian tren komuter terlajak di Stesen Butterworth
BUTTERWORTH – Sebuah tren Komuter enam gerabak (SCS03) milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilaporkan terlajak ke hujung landasan di Platform 4 Stesen Butterworth kira-kira pukul 6.01 pagi tadi.
Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan, tren berkenaan merupakan set kosong tanpa penumpang dan sedang dalam pergerakan operasi harian.
“Pasukan teknikal KTMB telah tiba di lokasi sejurus selepas kejadian, dan kerja-kerja pengalihan set tren sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatan kawasan serta kelancaran operasi di stesen.
“Semua operasi tren penumpang di Stesen Butterworth beroperasi seperti biasa melalui Platform 1, 2 dan 3. Platform 4 bagaimanapun ditutup buat sementara waktu bagi pelaksanaan kerja-kerja baik pulih dan pemeriksaan keselamatan,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu lagi, KTMB berkata, para penumpang di Stesen Butterworth dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan keselamatan yang diberikan oleh kakitangan stesen bagi memastikan kelancaran pergerakan dan keselamatan semua pihak.
Katanya, KTMB sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







