SPRM tahan bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri
PUTRAJAYA – Bekas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan bersama dua isterinya antara lima individu yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan berkaitan tender perolehan tentera.
Penahanan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
“Setakat pukul 7 malam tadi, kami telah menahan pegawai kanan berkenaan, dua wanita yang merupakan isterinya, serta seorang lagi lelaki dan isterinya yang ditahan semalam kerana disyaki berkomplot memindahkan wang berjumlah RM2.4 juta,” katanya.
Terdahulu, kenderaan yang membawa Hafizuddeain dan salah seorang isterinya dilihat memasuki ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 3 petang tadi.
Azam berkata, SPRM akan memohon perintah reman terhadap pegawai berkenaan dan dua isterinya, esok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








