Solat Siti Nurhaliza tanpa telekung tetap sah kerana aurat ditutup sempurna
KUALA LUMPUR – Solat seseorang wanita tanpa telekung tetap sah sekiranya pakaian yang dipakai menutup aurat dengan sempurna.
Demikian tegas pakar akademik susulan tercetusnya perdebatan mengenai tindakan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang menunaikan solat dengan mengenakan jubah.
Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, antara syarat sah solat bagi wanita ialah menutup aurat dengan sempurna meskipun mereka tidak memakai telekung.
“Ramai tanya saya adakah solat Datuk Seri Siti ini sah? Jawapan saya, solat beliau sah.
“Beliau telah menutup aurat untuk solat. Telekung bukan syarat sah solat. Ia lebih kepada budaya dan kebiasaan masyarakat, bukan rukun atau syarat sah solat,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook semalam.
Penjelasan itu sekali gus meredakan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial yang sebelum ini mempertikaikan penampilan penyanyi lagu Anta Permana itu ketika mendirikan solat.
Terdahulu, beberapa gambar memaparkan Situ Nurhaliza menunaikan solat dengan hanya berjubah selepas menghadiri sebuah majlis berbuka puasa tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








