
Siti Khadijah adakan kolaborasi bersama Buttonscarves, lancar siri telekung terbaru
PETALING JAYA – Pengeluar pembuatan kelengkapan pakaian solat, Siti Khadijah secara rasminya melancarkan telekung siri Buttonscarves x Siti Khadijah.
Menurut Pengasas Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman, siri telekung tersebut adalah hasil kolaborasi bersama jenama fesyen terkemuka Indonesia, Buttonscarves.
Katanya, kolaborasi yang diadakan buat julung kalinya dengan jenama terkenal dari Indonesia itu, menampilkan koleksi telekung yang berkualiti ‘ultra fine’ diperincikan lagi dengan sulaman lace bermotifkan logo Buttonscarves.
“Diperbuat daripada fabrik yang diperincikan dengan perlindungan UV, ia memastikan pengguna lebih selesa dan menjadi pilihan ideal untuk menunaikan kewajiban lima waktu dan semasa menunaikan umrah dan haji,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis pelancaran di Butik Buttonscarves, One Utama baru-baru ini.
Padzilah berkata, koleksi telekung tersebut dihasilkan dengan elemen renda logo Buttonscarves yang mengambil masa lebih kurang setahun untuk proses ‘re-do’ bagi menjaga kualiti yang akan dikeluarkan.
“Telekung ini dihasilkan di kilang kami di Malaysia manakala bagi pengeluaran di Indonesia dihasilkan oleh kilang disana,” jelasnya.
Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Kreatif Buttonscarves, Linda Anggrea berkata, telekung siri ini mempunyai empat warna yang antaranya putih, hijau muda, merah jambu dan hitam.
“Ada 4 warna kesemuanya dan siri ini dihasilkan lebih 5000 pasang bagi pasaran Malaysia dan Indonesia”.
“Bagi siri ini, tiada tambahan pengeluaran jika habis terjual namun kita berharap dengan sokongan BS Lady dan FamilySK, akan ada lagi pengeluaran baru dengan renda dan reka bentuk yang lain” katanya.
Mengulas lanjut, Padzilah berkata, menerusi
kolaborasi kali ini, beliau berharap agar jualan produknya di Indonensia akan meningkat memandang ia masih baru di negara jiran itu.
Katanya lagi, kolaborasi itu mampu menjadi satu titik permulaan buat Siti Khadijah untuk mengadakan lebih banyak kolaborasi lain bersama Buttonscarves di masa hadapan.
“Dengan kolaborasi ini, saya nampak ada masa hadapan jenama ini disana dan impak positif bagi Siti Khadijah, Insya Allah” ujarnya lagi.
Telekung siri Buttonscarves x Siti Khadijah ini boleh didapati di semua Butik Buttonscarves, Butik Siti Khadijah yang terpilih serta melalui laman sesawang rasmi www.sitikhadijah.com.
Harga yang ditawarkan ialah RM468 berserta beg ‘pouch’ dan kotak eksklusif.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








