
SUKANBERITA SEMASA
Sivasangari menang London Classic, singkirkan pemain di ranking ke-2 dunia
KUALA LUMPUR – Pemain di ranking ke-13 dunia, S. Sivasangari mencipta sejarah apabila menang kejohanan London Classic hari ini.
Pemain nombor satu negara itu menewaskan pemain di ranking kedua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir dengan keputusan 11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8 dalam tempoh 81 minutes.
Ini merupakan kemenangan kedua Sivasangari ke atas Hania dalam enam pertemuan.
Sivasangari sebelum itu mencipta sensasi apabila menewaskan pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini dari Mesir di suku akhir dan menewaskan pemain di rangking keempat dunia, Nele Gilis dari Belgium di separuh akhir.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








