BERITA SEMASA

Sivakumar akur digugurkan dari Kabinet

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggugurkannya dari jawatan Menteri Sumber Manusia.

Beliau berkata, beliau sudah melaksanakan tugas sebaik mungkin sepanjang tempoh setahun berkhidmat, dan berbangga dengan kerjasama anggota kementerian.

“Terima kasih kepada semua agensi dibawah KSM (Kementerian Sumber Manusia) yang telah sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan saya dan semua pihak demi kecemerlangan Sumber Manusia di Malaysia.

“Kerjasama antara Kementerian dengan seluruh agensi telah berjaya memperoleh begitu banyak pencapaian dalam hanya tempoh setahun dibawah seliaan saya, dan sesungguhnya saya berasa amat bangga dengan anda semua,” kata Sivakumar dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpinan parti atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berkhidmat di KSM selama setahun ini.

“Semoga Kerajaan Madani dapat terus mengekalkan tadbir urus negara yang baik buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Terdahulu, Anwar mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan pertukaran beberapa portfolio dan lantikan menteri serta timbalan menteri baharu.

Kementerian Sumber Manusia kini diterajui Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan II.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button