Ramanan sifatkan pelantikan sebagai Menteri Sumber Manusia satu tanggungjawab besar
PUTRAJAYA – Datuk Seri R Ramanan yang merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menggalas amanah sebagai Menteri Sumber Manusia.
Ramanan yang sebelum ini merupakan
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pelantikan itu merupakan satu tanggungjawab besar untuk memastikan agenda pembangunan tenaga kerja negara diperkasakan secara menyeluruh, inklusif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
“Saya juga mewakili komuniti India di negara ingin mengucapkan “Nandri” (terima kasih) kepada Perdana Menteri yang telah memberikan penghormatan dan mandat ini bagi mengalas tugas sebagai Menteri Sumber Manusia.
“Saya juga akan mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam tempoh masa terdekat ini selepas proses menghadap mengangkat sumpah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, beliau akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi dan komitmen demi menjamin harapan rakyat Malaysia termasuk komuniti India dan juga negara.
“Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang amat mendalam kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta seluruh warganya.
“Sepanjang hampir dua tahun saya berkhidmat di KUSKOP, saya telah diberikan sokongan dan kerjasama yang cukup padu oleh semua agensi untuk memperkasakan agenda pembangunan ekonomi komuniti India,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








