BERITA SEMASA

PM dijangka beri taklimat rombakan Kabinet, peletakan jawatan Ewon Selasa ini

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan taklimat bersama Jemaah Menteri, Selasa ini bagi membincangkan tentang rombakan Kabinet yang dijangka dilaksanakan.

Menurut ‎‎Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu, Anwar turut dijangka memberikan penerangan berkaitan peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang diumum semalam, lapor BERNAMA.

‎‎”Saya dengar melalui berita (peletakan jawatan Ewon), tetapi Selasa ini ada mesyuarat Kabinet dan kita akan dengar penerangan daripada Perdana Menteri.

‎‎”Kita juga akan bincang pada Selasa nanti (rombakan Kabinet), jadi saya tak mahu komen apa-apa lagi mengenai hal itu,” katanya selepas sesi penggulungan Konvensyen Nasional Amanah 2025, di sini hari ini.

‎‎Semalam, media melaporkan Ewon mengumumkan peletakan jawatannya sebagai anggota Kabinet Persekutuan atas dasar prinsip dan pendirian berkaitan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan.

‎‎Ewon berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti penghakiman bertulis oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Celestina Stuel Galid berhubung Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS).

Ditanya sama ada peletakan jawatan itu akan mengganggu gerak kerja Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yakin ia tidak akan memberi sebarang kesan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button