BERITA SEMASA

Siri ketujuh PKM: 105 pesalah jalani perintah khidmat masyarakat, 4 lokasi di Putrajaya

PUTRAJAYA — Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaksanakan siri ketujuh pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) secara serentak di tujuh negeri yang disertai seramai 105 pesalah.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, pendekatan di bawah Akta 672 itu bukan sekadar hukuman, malah merupakan proses pemulihan bagi membentuk kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan negara kita.

“Seramai 59 pesalah baharu dan 46 pesalah ulangan dikerahkan untuk membersihkan kawasan awam.

“Pelaksanaan program ini merangkumi beberapa lokasi strategik, antaranya di Pahang, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.

“Di Putrajaya, empat pesalah menjalani kerja pembersihan di Presint 2 di bawah pemantauan pegawai penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan di Facebook Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Khalid berkata, sejak 1 Januari 2026, seramai 130 penjawat awam telah dikenakan Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK), mencerminkan ketidakpatuhan merentasi pelbagai peringkat.

SWCorp turut memperkukuh keupayaan penguatkuasaan melalui penambahan 42 pegawai baharu yang dijadual melapor diri pada 4 Mei ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button