BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Sindiket edar syabu RM1.56 juta tumpas di Seremban

SEREMBAN – Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan kereta sewa untuk menyeludup syabu bernilai RM1.56 juta terbongkar selepas dua lelaki diberkas dalam operasi bersepadu di Kilometer 236.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, baru-baru ini.

Serbuan tersebut hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Rembau dengan bantuan Pasukan Peronda Lebuh Raya (EMPV) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 3 petang ketika menaiki sebuah Perodua Bezza yang disewa.

“Hasil pemeriksaan di bahagian but kenderaan menemui 30 bungkusan berisi syabu seberat 30,601 gram yang disorok menggunakan pembungkusan teh Cina bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya memetik laporan Kosmo!

Menurut beliau, rampasan itu merupakan yang terbesar direkodkan setakat ini dalam operasi berkaitan di negeri berkenaan dan dianggarkan mampu membekalkan kira-kira 30,000 penagih sekiranya berjaya dipasarkan.

Related Articles

Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan aktif sejak tahun lalu dengan kedua-dua suspek dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ membawa bekalan dari Puchong, Selangor untuk diedarkan ke kawasan selatan tanah air.

Tambahnya, suspek pertama mempunyai dua rekod lampau kes dadah serta satu kes jenayah, manakala suspek kedua memiliki empat rekod kes dadah dan satu kes jenayah. Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif methamphetamine.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button