Sidang media MB Negeri Sembilan dibatalkan
SEREMBAN – Sidang media Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang sepatutnya diadakan di Bilik Gerakan Wisma Negeri di sini, pukul 1.30 tengah hari tadi, dibatalkan.
Menurut Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah, sidang media itu dibatalkan kerana Aminuddin dikatakan mempunyai urusan rasmi lain, lapor HM Online.
BACA JUGA:
Aminuddin menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hampir 2 jam
“Sidang media Menteri Besar yang dijadualkan pada pukul 1.30 petang ini ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
“YAB Menteri Besar mempunyai urusan penting,” katanya.
Beliau dalam pada itu memaklumkan, Aminuddin telah mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bermula pukul 11 pagi tadi dan selesai sekitar pukul 12.30 tengah hari.
Terdahulu, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap di sini, selama hampir dua jam, pagi tadi.
Walaupun menjadi rutin Menteri Besar menghadapi Tuanku Muhriz sebelum mesyuarat exco diadakan, kali ini ia menarik perhatian pengamal media susulan dakwaan mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dalam masa terdekat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




