
160 ekor lembu akan ditumbang sempena Mantai Rayo Negeri Sembilan
SEREMBAN – Sebanyak 160 ekor lembu akan ditumbangkan sempena Program Mantai Rayo 2024 yang akan diadakan di lapan kawasan Parlimen di Negeri Sembilan.
Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, menerusi program tersebut,
dianggarkan sebanyak 16,000 kilogram (kg) daging pejal akan ditawarkan kepada orang ramai.
Beliau berkata, program tradisi bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri itu bertujuan memberikan peluang kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga rendah dan berkualiti.
“Kerajaan Negeri Sembilan mengambil ruang untuk meneruskan tradisi masyarakat turun temurun ini, dan membuat sedikit transformasi agar kita mampu memberi peluang lebih luas kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang cukup rendah dan berkualiti tinggi,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menurutnya, program itu dijadualkan pada ini secara serentak di lapan kawasan Parlimen Negeri Sembilan dengan melibatkan 20 lokasi terpilih.
Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan mengumumkan harga istimewa bagi perjualan daging pejal pada majlis pra pelancaran program tersebut pada 3 April ini.
Katanya, anggaran daging pejal yang akan dijual di setiap lokasi adalah sebanyak minimum 500 kg dengan had pembelian untuk setiap pembeli sebanyak dua kilogram.
Beliau berkata, walaupun tidak semua kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) dapat turut serta dalam program itu, beliau berharap melalui kerjasama semua, usaha kerajaan Negeri Sembilan dalam menyediakan peluang membeli barangan menyambut Aidilfitri pada harga rendah dapat direalisasikan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







