LUAR NEGARA

Pelajar Malaysia di Beijing diraikan dalam sambutan Aidilfitri

BEIJING – Lebih 150 orang pelajar Malaysia yang yang menyambut Aidilfitri di Beijing tidak dilupakan apabila mereka diraikan dalam Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri yang dianjurkan Persatuan Pelajar Malaysia di Beijing (AMSIB) pada Sabtu.

Majlis yang disokong oleh Pejabat Education Malaysia Beijing (EM Beijing) itu dimeriahkan dengan menampilkan pelbagai masakan menu Malaysia.

Lebih menarik, menurut Pengarah EM Beijing, Muhammad Sallehuddin Mohd Dilif, masakan tersebut disediakan oleh air tangan pelajar sendiri secara gotong royong dari pelbagai universiti.

“Semua pelajar yang hadir segak berpakaian Baju Kebangsaan di perantauan ini melambangkan pelajar Malaysia menuansakan citra Malaysia yang unik di negara orang.

“Para pelajar Malaysia di China sangat bertuah kerana memiliki Duta Besar Malaysia, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin yang sangat prihatin akan kebajikan dan sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti para pelajar di negara tersebut.

“EM Beijing akan terus memberikan sokongan dan dorongan kepada para pelajar untuk bergiat aktif dalam program yang menyatukan mereka selaku anak- anak Malaysia di perantauan, dengan mengamalkan nilai-nilai yang digariskan dalam konsep Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara universiti yang terlibat termasuklah Beijing Jiaotong Technology University (BJTU), Beijing Language and Culture University (BLCU), Beijing Foreign Studies University (BFSU), University of International Business and Economic, Peking University dan Tsinghua University dan beberapa universiti di Beijing yang lain.

Katanya lagi, majlis itu turut mendapat sokongan daripada MAHA Club and Residences selaku penaja lokasi serta Malaysian Chamber of Commerce and Industry in China (MAYCHAM) selaku penaja bahan keperluan masakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button