Aminuddin berjaya pertahan jawatan Ketua Cabang PKR Port Dickson
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Port Dickson dalam Pemilihan PKR 2025.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR mencatatkan kemenangan penggal kedua selepas menewaskan bekas Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Datuk M Ravi.
Keputusan rasmi di laman web PKR menunjukkan , Aminuddin memperoleh 2,147 undi manakala Ravi, yang juga bekas Timbalan Speaker Negeri Sembilan, mendapat 1,098 undi.
Pada pemilihan sebelumnya, Aminuddin memperoleh 1,129 undi manakala Ravi memperoleh 951 undi.
Data rasmi PKR cabang Port Dickson mempunyai seramai 3,974 ahli yang layak mengundi.
Untuk rekod, Ravi, yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung dan Timbalan Speaker menyandang jawatan tersebut sejak tahun 1999.
Selain itu, ADUN Seri Tanjung, G Rajasekaran yang bertanding bagi jawatan Naib Ketua Cabang Port Dickson turut mencatatkan kemenangan dengan memperoleh 2,412 undi manakala pencabarnya, Mohd Ibrahim Khan Amanulla Khan memperoleh 180 undi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







