BERITA SEMASAPOLITIK

PKR larang bahan kempen fizikal, sekat kempen berkumpulan dalam pemilihan 2025

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil langkah tegas dengan melarang penggunaan bahan kempen fizikal seperti banner, poster besar, bunting dan streamer dalam pemilihan parti bagi tahun 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr. Zaliha Mustafa berkata, larangan itu berkuat kuasa sepanjang tempoh kempen rasmi yang ditetapkan JPP bagi memastikan perjalanan pemilihan lebih bersih dan adil.

pemilihan 2025
Ahmad Zahid Khalid Calon Ketua PKR Cabang Taiping 2025

“Mulai pemilihan kali ini, bahan kempen berbentuk fizikal seperti banner, poster besar, bunting, streamer dan lain-lain tidak dibenarkan dipamerkan di tempat awam sepanjang tempoh kempen rasmi yang ditetapkan oleh JPP.

“Bagi pemilihan Pimpinan Pusat, termasuk Wanita Pusat dan Angkatan Muda Pusat, sebarang bentuk kempen sama ada fizikal atau dalam talian yang berbentuk kempen berkumpulan tidak dibenarkan sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

pemilihan 2025

Selain itu, JPP turut menetapkan bahawa tiada sebarang bentuk kempen dibenarkan pada hari pengundian bagi memastikan proses berjalan dengan lancar tanpa pengaruh luar.

Zaliha berkata, parti turut menghadkan jumlah anggota yang berkumpul untuk membuang undi secara dalam talian.

“Anggota parti tidak dibenarkan berkumpul melebihi 50 orang di mana-mana premis bagi tujuan membuang undi secara atas talian,” katanya lagi.

PKR dijangka mengadakan pemilihan parti pada tahun 2025 dengan peraturan baharu itu bagi memastikan pemilihan lebih telus dan berdisiplin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button