Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang kerja awal
SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Khas Ramadan kepada semua penjawat awam wanita di negeri itu untuk pulang awal pada setiap Jumaat.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sejak 15 Januari lalu, pentadbiran kerajaan negeri telah melaksanakan WBF sebagaimana di peringkat Kerajaan Persekutuan.
“Sempena bulan Ramadan ini pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pelaksanaan WBF Khas Bulan Ramadan Tahun 2024 iaitu keistimewaan yang dikhaskan kepada penjawat awam wanita untuk membuat pilihan pulang lebih awal pada hari Jumaat”, katanya dalam kenyataan semalam.
Aminuddin berkata, pelaksanaan itu merupakan kemudahan kepada penjawat awam untuk membolehkan mereka pulang setengah jam lebih awal termasuk pengurangan waktu rehat selama 30 minit.
Bagaimanapun, perlaksanaan WBF yang membolehkan kakitangan pulang seawal 2 petang perlu memenuhi syarat tiada waktu rehat pada sebelah tengah hari.
Dalam pada itu, Aminuddin turut mengingatkan ketua di setiap jabatan memantau semua kakitangan yang bertugas untuk memastikan prosedur dan syarat yang ditetapkan dipatuhi.
“Perlu juga memastikan perkhidmatan kaunter tidak terjejas dengan pelaksanaan kemudahan tersebut”, ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








