BERITA SEMASA

Siasatan kes buang beras, sardin dan tepung sudah disiapkan

KUANTAN – Kertas siasatan berkenaan kes pembuangan beras, sardin dan tepung di Jalan Pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau di Temerloh pada 18 April lalu, sudah disiapkan.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu, beliau difahamkan bahawa kes itu sudah diserahkan ke Bahagian Undang-Undang KPKT untuk dinilai keseluruhannya.

Ini kerana, katanya, kementerian itu mahu memastikan segala tindakan yang dilaksanakan lengkap dan jika berlaku kesalahan, mereka yang terbabit dalam kes itu tidak akan terlepas.

“Selepas Bahagian Undang-Undang KPKT, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan seterusnya kerana kuasa pendakwaan berada di bawah Peguam Negara.

“Semua siasatan sudah selesai lengkap dan keterangan sudah diambil membabitkan antara tujuh dan sembilan individu untuk tindakan selanjutnya,” katanya, hari ini.

Pada 18 April lalu, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin dan tepung dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur-Kampung Gunung Senyum.

Keadaan kemudiannya diburukkan lagi apabila ada pihak mengambil tindakan membakar barangan terbabit.

Susulan kes itu, bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said mengaku bertanggungjawab dan sangat menyesali perkara itu.

Beliau menjelaskan., semua barangan yang dibuang itu sudah rosak dan tamat tempoh, dan tidak lagi sesuai untuk dimakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button