Pencapaian Malaysia dalam World Happiness Report 2026 jadi bukti dasar MADANI berkesan
KUALA LUMPUR – Pencapaian Malaysia dalam World Happiness Report 2026 menjadi bukti jelas bahawa dasar Kerajaan MADANI berada di landasan yang tepat dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, skor kebahagiaan Malaysia meningkat kepada 6.005 berbanding 5.96 sebelum ini sekali gus mencerminkan peningkatan tahap kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
“Peningkatan skor ini membuktikan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat berada pada tahap terbaik, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.
Menurut beliau, pencapaian itu selari dengan usaha berterusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam memperkukuh Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia melalui pembangunan bandar yang mampan, inklusif dan berteraskan kesejahteraan.
“Komitmen KPKT adalah untuk membangunkan bandar yang bukan sahaja maju, tetapi juga selesa, selamat dan memberi kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat,” katanya.
Selain itu, antara fokus utama KPKT termasuk pembangunan bandar pintar, peningkatan infrastruktur awam seperti projek di Kampung Baru dan Taman Rekreasi MADANI, selain memperkasa pengurusan sisa serta ekonomi kitaran katanya.
Dalam masa sama, aspek keselamatan bandar turut diberi perhatian bagi memastikan persekitaran yang lebih selamat dan selesa kepada masyarakat.
Tambah beliau, Malaysia juga mencatat tahap kebahagiaan rakyat sebanyak 81 peratus, mengatasi purata global iaitu 74 peratus.
“Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan dan perlu dipertahankan. Rakyat memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian dan perpaduan terus utuh,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat untuk terus mengekalkan perpaduan dan menolak sebarang naratif negatif yang boleh menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








