Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik Kanan PM
CYBERJAYA – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.
Peletakan jawatan itu dimaklumkan menerusi satu hantaran ringkas di akaun X miliknya, hari ini.
Beliau memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas difahamkan terdapat percubaan untuk menyerangnya sekaligus merosakkan imej Kerajaan MADANI.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan MADANI.
“Justeru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.
“Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








