Pemuda PAS Terengganu lantik barisan kepimpinan baharu
KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) melantik barisan kepimpinan baharu bagi mengisi kekosongan susulan peletakan jawatan Muhamad Hamdi Harun sebagai Ketua Pemuda.
Setiausaha DPPNT, Mohd Riduan Abu Bakar berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja DPPNT yang diadakan semalam.
Menurutnya, mesyuarat berkenaan sebulat suara menerima peletakan jawatan Muhamad Hamdi sebelum bersetuju melantik Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli sebagai pemangku Ketua Pemuda bagi sesi 2026-2027.
“Barisan kepimpinan utama turut diisi oleh Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin sebagai pemangku Timbalan Ketua dan Abdul Manaff Ghani sebagai pemangku Naib Ketua,” katanya dalam surat rasmi bertarikh 23 September yang dimuat naik di laman sosial Pemuda PAS Terengganu hari ini.
Bagaimanapun, kenyataan berkenaan tidak memperincikan alasan peletakan jawatan Muhamad Hamdi yang merupakan anak kepada tokoh ulama tersohor, Allahyarham Datuk Harun Taib.
Muhamad Hamdi sebelum ini dipilih tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda PAS Terengganu bagi sesi 2025-2027 dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-56 Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu tahun lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








