LUAR NEGARA

Pengarah Pusat Counterterrorism Nasional AS letak jawatan

Pegawai paling kanan letak jawatan bantah perang dengan Iran

WASHINGTON – Pengarah Pusat Counterterrorism Nasional, Joseph Kent meletakkan jawatannya hari ini susulan perang dengan Iran

Kent meupakan pegawai pertama dan paling kanan dalam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trup yang meletak jawatan sebagai bantahan terhadap kempen serangan yang dilakukan secara bersama dengan sekutunya di Asia Barat, Israel.

Menurut Kent, Iran bukan satu ‘ancaman mendesak’ buat AS.

“Saya tidak dapat menyokong perang yang sedang berlangsung di Iran dengan hati yang tenang, kerana negara itu bukan satu ancaman mendesak kepada negara kirta.

“Jelas bahawa kita memulakan perang ini akibat tekanan daripada Israel serta lobi kuatnya,” kata Kent dalam surat kepada Trump yang dimuat naik di X, hari ini.

Beberapa pakar berkata ‘ancaman mendesak’ biasanya diperlukan bagi membolehkan AS melancarkan perang di bawah undang-undang sedia ada.

Menurut Reuters, peletakan jawatan Kent amat mengejutkan dalam kalangan pegawai risikan AS.

Buat masa ini, pihak White House dan Pejabat Pengarah Perisikan Nasional belum mengeluarkan sebarang komen mengenai peletakan jawatan tersebut.

Kent diketahui rapat dengan Pengarah Perisikan Negara, Tulsi Gabbard, yang sehingga kini belum mengeluarkan sebarang komen sejak perang dengan Iran bermula.

Gabbard setakat ini hanya muncul di khalayak ketika upacara pemindahan jasad anggota tentera Amerika yang terkorban awal bulan ini dalam konflik dengan Iran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button