60 kes tibi direkodkan di Terengganu dalam tempoh 5 minggu
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 60 kes penyakit tuberkulosis atau tibi dilaporkan didaftarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sehingga kini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sehingga Minggu Epidemiologi (ME) kelima tahun ini iaitu berakhir pada 7 Februari lalu sebanyak 60 kes tibi direkodkan.
Menurutnya, situasi ini menunjukkan trend bilangan kes tibi masih terkawal, di mana jumlah kes hampir menyamai bilangan kes tibi pada tempoh yang sama pada 2025.
Katanya, kesemua pesakit kini sedang menjalani rawatan di bawah pemantauan rapi JKNT.
“Jumlah kes tibi pada 2023 hingga 2025 menunjukkan penurunan dalam bilangan kes yang didaftarkan iaitu pada 2023 (680 kes), 2024 (632 kes) dan tahun lalu
(608 kes).
“Manakala, kadar kes Terengganu adalah antara tiga negeri dengan kes terendah di Malaysia,” katanya memetik laporan BH Online .

Beliau berkata, kadar kes baharu bagi Terengganu adalah 48.5 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding purata di Malaysia iaitu 78.1 bagi setiap 100,000 penduduk.
Menurutnya, punca jangkitan dan risiko iaitu agen jangkitan Bakteria Mycobacterium tuberculosis merebak melalui udara (titisan pernafasan) apabila pesakit tibi paru-paru batuk, bersin, atau bercakap tanpa menutup mulut.
“Kaedah rawatan penyakit TB boleh disembuhkan sepenuhnya jika pesakit mematuhi rejimen rawatan yang ditetapkan iaitu mengambil ubat-ubatan kombinasi setiap hari selama sekurang-kurangnya enam bulan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








