JENAYAH & MAHKAMAH

Salah guna kuasa: EXCO Terengganu tiba di mahkamah 8.13 pagi

KUALA TERENGGANU – Seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.13 pagi hari ini bagi menghadapi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan ahli keluarganya.

Pemimpin berusia lingkungan 60-an itu hadir memakai kemeja dan kot berwarna hijau sebelum disambut puluhan penyokong yang berkumpul seawal jam 8 pagi bagi memberi sokongan moral.

Keadaan di pekarangan mahkamah dikawal ketat dengan kehadiran anggota polis termasuk trafik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas.

Sebelum itu, beliau ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kemaman.

Beliau didakwa menyalahgunakan jawatan sebagai EXCO dan Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat dengan mengarahkan dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri antara 2018 hingga 2020.

Pengarah SPRM Terengganu mengesahkan pendakwaan terhadap individu berkenaan dijalankan hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button