Setiausaha Negara AS ke Malaysia minggu ini
WASHINTGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) akan memulakan lawatan sulungnya ke Asia dengan mengunjungi Malaysia minggu ini.
Menurut satu kenyataan dikeluarkan pejabatnya, Marco Rubio akan berada di Malaysia bagi menyertai Persidangan Pascamenteri ASEAN-AS, Mesyuarat Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur, serta Mesyuarat Menteri Luar Forum Serantau ASEAN.
Kenyataan itu turut menyebut, Rubio juga dijadualkan bertemu dengan pegawai kanan kerajaan Malaysia.
Lawatan bermula hari ini itu menyaksikan Rubio, yang juga penasihat keselamatan negara kepada Presiden Donald Trump, memberi tumpuan kepada dasar AS di Asia selepas beberapa bulan Washington menumpukan perhatian kepada konflik di Ukraine dan Timur Tengah.
“Dalam lawatan pertamanya ke Asia sebagai Setiausaha Negara, Rubio bertekad untuk menegaskan komitmen AS terhadap rantau Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan selamat,” kata kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








