LUAR NEGARA

Sepanyol larang ruang udara digunakan pesawat AS serang Iran

MADRID – Sepanyol menutup ruang udaranya kepada pesawat Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam serangan ke atas Iran.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanan, Margarita Robles hari ini.

“Kami tidak membenarkan sama ada penggunaan pangkalan tentera atau ruang udara bagi tindakan yang berkaitan dengan perang di Iran,” katanya.

Terdahulu, akhbar El Pais melaporkan penutupan ruang udara tersebut dengan memetik sumber ketenteraan.

Penutupan ruang udara itu memaksa pesawat tentera mengelak Sepanyol, yang merupakan anggota NATO, ketika menuju ke sasaran di Asia Barat.

Kenyataan sama turut dibuat Menteri Ekonomi, Carlos Cuerpo dalam temubualnya dengan stesen radio Cadena SER.

“Keputusan ini adalah sebahagian daripada pendirian kerajaan Sepanyol untuk tidak menyertai atau menyumbang kepada perang yang dimulakan secara unilateral dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” kata Cuerpo ketika ditanya sama ada langkah berkenaan boleh menjejaskan hubungan dengan AS.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button