POLITIK

Selepas Bandar Hilir, MCA dapat satu lagi kerusi tambahan di DUN Kota Laksamana

MELAKA – Barisan Nasional (BN) menerusi MCA mengumumkan Melvin Chua Kew Wei sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Melvin yang merupakan Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mempunyai pengalaman dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan.

“Beliau juga memahami selok-belok pentadbiran tempatan selain mengetahui denyut nadi serta keperluan rakyat di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, MCA turut merakamkan penghargaan kepada pucuk pimpinan BN atas kepercayaan yang diberikan untuk mewakili parti bagi kerusi berkenaan.

Semalam Ka Siong mengumumkan parti itu diperuntukkan sebuah lagi kerusi iaitu Bandar Hilir untuk ditandingi dalam PRN Melaka kali ini.

MCA sebelum ini hanya diperuntukkan dua kerusi untuk ditandingi ketika majlis pengumuman calon BN minggu lalu.

Situasi itu menyebabkan pemimpin MCA tidak berpuas hati dan mengadakan perbincangan lanjut dengan kepimpinan BN untuk mendapat kerusi tambahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button