BERITA SEMASA

72 syarikat media terima RM30 juta, Dana Inovasi Media 2.0 dibuka – Fahmi

PUTRAJAYA – Sebanyak 72 syarikat media menerima pembiayaan berjumlah RM30 juta menerusi pelaksanaan fasa pertama Dana Inovasi Media, sekali gus membuka ruang kepada pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, inisiatif baharu itu bertujuan memperkukuh transformasi industri media tempatan, khususnya dalam aspek pendigitalan, pembangunan bakat dan penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, kejayaan fasa terdahulu membuktikan industri media tempatan memerlukan sokongan untuk melaksanakan transformasi, selain mempunyai kesediaan dan keupayaan memanfaatkan pembiayaan bagi memperkukuh operasi serta meneroka pendekatan baharu dalam penghasilan dan penyampaian kandungan.

Beliau berkata, Dana Inovasi Media 2.0 mengekalkan empat skop pembiayaan sedia ada, selain memperkenalkan satu skop baharu menjadikan keseluruhannya lima skop pembiayaan.

“Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan industri media terus diperkasa, khususnya dalam menghadapi perubahan teknologi dan cabaran landskap media semasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan dana berkenaan dibuat susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 pada Jun lalu.

Fahmi berharap semua pemain industri media dapat memanfaatkan peluang pembiayaan itu sebaik-baiknya bagi memastikan sektor berkenaan kekal berdaya tahan dan relevan dengan keperluan semasa.

Maklumat lanjut serta borang permohonan Dana Inovasi Media 2.0 boleh diperoleh menerusi laman web https://danainovasimedia.komunikasi.gov.my/.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button