BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Kelainan sajian Melayu dan Barat jadi tarikan bufet Ramadan RSS

KUALA LUMPUR – Kelainan konsep dan kepelbagaian sajian menjadi tarikan utama bufet Ramadan bertemakan Warisan Citarasa Asli 2 Benua yang dianjurkan oleh RISDA Security and Services Sdn Bhd (RSS) dengan kerjasama strategik Rumah Makan Patin Pasu.

Berlangsung dari 23 Februari hingga 18 Mac di Dewan Menara Kumpulan RISDA, bufet berkenaan mempersembahkan lebih 80 hidangan, merangkumi masakan tradisional Melayu serta sajian Barat, yang disusun rapi bagi memenuhi selera pelbagai lapisan masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif RSS, Putera Sidek berkata, pendekatan tersebut menandakan langkah pertama syarikat meneroka segmen bufet Ramadan secara lebih serius selepas lebih sedekad berpengalaman dalam pengurusan acara.

“Kami melihat Ramadan sebagai peluang untuk memperkenalkan satu pengalaman berbuka puasa yang bukan sahaja menitikberatkan kualiti makanan, tetapi juga suasana dan keselesaan,” katanya.

bufet ramadan
Bufet Ramadan Warisan Citarasa Asli 2 Benua menggabungkan tradisi dan inovasi dalam sajian, menawarkan Set A, Set B dan Set C yang berbeza setiap hari.

Dalam pada itu, kerjasama bersama Rumah Makan Patin Pasu dianggap ideal kerana restoran berkenaan terkenal dengan kepakaran dalam penyediaan masakan Melayu asli yang mengekalkan resipi tradisi dan kualiti rasa.

Related Articles

Pengasas Bersama, Ridzuan Anuar menjelaskan, sebanyak 80 jenis lauk-pauk dihidangkan setiap hari menerusi tiga set menu berbeza Set A, Set B dan Set C yang disusun secara bergilir bagi memastikan pelanggan menikmati variasi menu sepanjang Ramadan.

Antara hidangan tradisional yang menjadi tarikan termasuk daging salai, itik salai dan keli salai yang dimasak berasaskan resipi warisan Melayu.

Bagi pencinta sajian Barat pula, pilihan seperti kambing bakar, lamb stew, lasagna serta pelbagai jenis pasta dan hidangan Itali turut tersedia, disediakan oleh cef berpengalaman bagi menjamin kualiti dan rasa autentik.

bufet ramadan
Pengunjung dijemput menikmati pengalaman berbuka puasa eksklusif lengkap dengan suasana selesa, kemudahan surau, dan hiburan live band.

Selain kepelbagaian menu, faktor keselesaan turut diberi perhatian, dengan dewan makan mampu memuatkan sehingga 500 tetamu pada satu masa dan dilengkapi kemudahan surau serta parkir percuma.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan live band yang menambahkan kemeriahan suasana berbuka.

Harga yang ditawarkan ialah RM139 bagi dewasa, RM110 untuk staf dan pesara RISDA, manakala RM88 bagi kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas.

Tempahan berkumpulan menikmati diskaun 10 hingga 15 peratus bergantung kepada saiz kumpulan dan orang ramai yang berminat boleh menghubungi talian 011-17692601, 013-2469229 atau 019-3517116.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button