BERITA SEMASAGAYA HIDUPJOM RONDA

Bufet Ramadan: PULSE Grande Hotel tawar lebih 300 juadah ‘fusion Melayu’

PUTRAJAYA – Pengalaman berbuka puasa di PULSE Grande Hotel (PGH) kembali mencuri tumpuan tahun ini dengan pelancaran Santai Iftar Raikan Bersama Bufet Ramadan 2026, sekali gus menampilkan kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pengurus Besar PULSE Grande Hotel, Wan Mohd Hadafy Wan Mohd Khair berkata, bufet tahun ini menawarkan lebih 300 menu fusion Melayu dan antarabangsa, persekitaran eksklusif serta pelbagai tarikan istimewa buat seisi keluarga, rakan, dan pelanggan korporat.

Beliau berkata, bufet Ramadan tahun ini menampilkan hampir 30 stesen bazar juadah, termasuk 15 stesen “live cooking”, yang memberi pengalaman interaktif dan segar kepada para pengunjung.

Bufet

“Antara tarikan utama ialah Live BBQ Stall yang menyajikan pelbagai makanan laut bakar seperti sotong, udang, ikan pari, kerang dan ketam, selain Western BBQ yang menyelerakan seperti kambing berapi, daging panggang, dan cajun honey chicken.

“Selain itu, salah satu hidangan yang paling dinanti-nantikan adalah rendang daging tulang rusuk, menu eksklusif PULSE Grande Hotel.

“Potongan tulang rusuk premium dimasak secara perlahan sehingga empuk, diperkaya dengan rempah ratus tradisional, santan pekat, dan herba segar, menghasilkan rasa yang padu, lemak dan beraroma, menjadikannya antara hidangan signature sepanjang Ramadan 2026,” katanya.

bufet

Sementara itu, pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai menu istimewa lain seperti gulai urat keting, ayam geprek, Nasi Bokhara Ayam, Pais Bakar Tempoyak Petai Ikan Siakap, serta pelbagai sajian tradisional yang memenuhi selera semua lapisan umur.

“Bufet Ramadan Santai Iftar Raikan Bersama di PULSE Grande Hotel bukan sekadar menawarkan kepelbagaian menu, tetapi sebuah pengalaman berbuka puasa yang lengkap dan bermakna.

“Keunikan kami terletak pada gabungan lebih 300 menu fusion Melayu dan antarabangsa, sajian ‘live cooking’ yang interaktif serta penggunaan bahan berkualiti tinggi yang disediakan dengan penuh teliti oleh pasukan kulinari kami,” katanya.

bufet

Menambah keunikan bufet Ramadan tahun ini, buat julung kalinya pengunjung berpeluang menikmati suasana berbuka puasa di Glass House baharu PULSE Grande Hotel yang moden dan eksklusif.

“Ruang ini mampu memuatkan kapasiti sehingga 500 orang pada satu-satu masa, menjadikannya pilihan ideal untuk tempahan kumpulan berskala besar serta sesuai untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana selesa, elegan, dan privasi,” katanya.

bufet

Harga bufet Ramadan ditawarkan mengikut tempoh tertentu, iaitu kategori tempahan awal (early bird) dari 1 hingga 31 Januari 2026 dengan harga RM135.00 bagi dewasa, manakala harga normal bermula 1 Februari 2026 ditetapkan pada RM165.00 bagi dewasa.

Bagi kanak-kanak, harga bufet ditawarkan pada RM80.00.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, pengunjung boleh menghubungi Pengurus Jualan PGH di talian 010-228 5353 atau hotline hotel di 03-8887 8888.

Hanya kepada pengguna kad Maybank, diskaun sebanyak 10% ditawarkan bagi pembelian minimum untuk 10 orang pelanggan pada satu masa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button