BERITA SEMASA

KPKM sedia jelas status bekalan makanan kepada Kabinet – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersedia memberikan penjelasan terperinci mengenai status semasa bekalan makanan negara sekiranya perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian sentiasa memantau situasi di lapangan bagi memastikan rantaian bekalan makanan kekal stabil meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

“Kami sentiasa memantau harga di peringkat ladang dan pengeluar. Kementerian akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negara,” memetik BH online.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kerajaan tidak menafikan peningkatan kos sara hidup, namun menegaskan usaha perlu dipergiat bagi mengurus dan mengekang kesannya.

Menurut beliau, isu berkenaan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet susulan maklum balas bahawa kenaikan harga secara beransur-ansur mula dirasai oleh peniaga.

“Kerajaan telah mengambil beberapa langkah termasuk mengekalkan subsidi bahan api seperti BUDI95 serta memperkenalkan bantuan bersasar menerusi program Budi Madani bagi membantu golongan terkesan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, beliau mengakui kos subsidi yang tinggi kekal menjadi cabaran utama kerajaan, sekali gus memerlukan pelarasan dasar dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, pendekatan semasa kerajaan memberi penekanan kepada pelaksanaan bantuan lebih bersasar bagi memastikan golongan memerlukan terus dilindungi dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button