Integriti teladan Rasulullah jadi fokus Sambutan Maulidur Rasul KPKM 2025
PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meraikan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1447H dengan pengisian berfokus kepada penghayatan integriti dan akhlak Rasulullah SAW.
Bertemakan ‘Dari Teladan Rasul, Menyemai Integriti Unggul’, majlis anjuran Unit Integriti KPKM yang berlangsung semalam diadakan di Dewan Serbaguna kementerian dengan kehadiran lebih 200 warga kerja.
Sambutan dimulakan dengan alunan selawat dan qasidah, diikuti taklimat serta praktikal solat duduk atas kerusi oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM, Ustaz Mohd Nasir Sulaiman.

Sesi itu turut menerima sambutan hangat dengan pelbagai soalan daripada hadirin.
Program turut diserikan dengan persembahan selawat dan qasidah oleh kumpulan Pawana sebelum diakhiri dengan ceramah agama oleh penceramah bebas, Ustaz Elyas Ismail.
Dalam ceramahnya, beliau menekankan pentingnya menjadikan akhlak dan sifat terpuji Rasulullah SAW sebagai panduan membina integriti unggul dalam kalangan penjawat awam.
“KPKM berharap pengisian sambutan ini memberi manfaat kepada semua warga kerja, sama ada yang hadir secara fizikal atau mengikuti melalui media sosial dalam menghayati teladan Rasulullah SAW untuk memperkukuh nilai integriti dan kecemerlangan kerja,” kata KPKM menerusi hantaran di Facebook.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








