BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Sofitel KL Damansara tawar bufet tradisional Malaysia dengan durian percuma

KUALA LUMPUR – Pengunjung berpeluang menikmati durian secara percuma tanpa had pada setiap hujung minggu menerusi bufet makan malam ‘Destinasi Rasa Serantau’ di restoran Kwee Zeen, Sofitel Kuala Lumpur, sepanjang Ramadan ini.

Sofitel Kuala Lumpur Damansara dalam kenyataan memaklumkan, bufet Ramadan itu mengetengahkan hidangan tradisional Malaysia dengan sentuhan 14 cef yang masing-masing membawa inspirasi dari kampung halaman mereka.

“Bufet tahun ini mengajak tetamu berkongsi hidangan sambil menghayati semangat kebersamaan melalui sajian yang mencerminkan warisan serta kepelbagaian rasa dari seluruh negara.

“Antara hidangan utama yang diketengahkan ialah Asam Pedas Peranakan Ekor Lembu dari Melaka dan Peha Lembu Bakar Bumbu Minangkabau dari Negeri Sembilan oleh Chef de Cuisine, Chef Hamizan.

“Turut disajikan Kambing Golek Bumbu Jawa dari Selangor, Udang Galah Masak Diraja dari Kuala Lumpur serta Nasi Dagang Ikan Tongkol dari Terengganu,” menurut kenyataan itu.

sofitel
Pelbagai hidangan dari disajikan kepada pengunjung sempena bufet Ramadan ‘Destinasi Rasa Serantau’.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan serantau lain seperti Ketupat Sotong Sumbat Ubi Keledek (Kelantan), Patin Masak Lemak Tempoyak (Pahang), Nasi Biryani Gam Berlauk (Johor), Popiah Basah dengan aneka makanan laut (Wilayah Persekutuan), Rendang Tok Rusuk Lembu “Angus” (Perak) dan Gulai Tiga Beradik (Kedah).

Hidangan lain yang turut disediakan ialah Nyonya Mee Udang Galah (Pulau Pinang), Ikan Bakar Kampung (Perlis), Ayam Dara Pansuh (Sarawak) serta Kerabu Makanan Laut (Sabah) selain pilihan pencuci mulut tempatan dan antarabangsa.

Bagi penggemar durian, mereka boleh menikmati buah itu secara percuma tanpa had di Stesen Durian di Le Bar Terrace setiap Jumaat hingga Ahad dari pukul 7 malam hingga 9.30 malam sebagai sebahagian daripada pengalaman bufet tersebut.

Bufet makan malam ‘Destinasi Rasa Serantau’ ditawarkan pada harga RM228+ seorang bagi Isnin hingga Khamis dan RM248+ seorang bagi Jumaat hingga Ahad.

Kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun dikenakan separuh harga manakala kanak-kanak bawah enam tahun menikmati hidangan secara percuma.

Selain itu, hamper istimewa turut ditawarkan bermula RM268+ seunit dengan tempahan awal digalakkan bagi pembelian pukal.

Kwee Zeen juga akan menganjurkan Rumah Terbuka Raya dari 20 hingga 22 Mac 2026 dengan Raya Brunch berharga bermula RM138 seorang manakala Raya Dinner RM228 seorang, dengan kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun dikenakan separuh harga dan bawah enam tahun percuma.

Tempahan awal sebelum 19 Februari 2026 turut menikmati diskaun awal sebanyak 30 peratus bagi bufet Ramadan dan Raya tertakluk kepada terma serta syarat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button