
Pasukan Malaysia menang pingat perak pertama di Olimpik Kulinari di Stuttgart
STUTTGART – Pasukan Malaysia mencatat sejarah dengan memenangi pingat perak untuk kategori restoran segera dalam pertandingan Olimpik Kulinari yang diadakan di Stuttgart, Jerman.
Bagaimanapun Malaysia berkongsi pingat itu bersama-sama dengan Czech dan Hong Kong selepas berkongsi mata yang sama.

Pingat emas pula dimenangi oleh pasukan dari Sweden dan Switzerland, yang sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai kuasa utama dalam dunia kulinari.
Sementara itu, Estonia meraih pingat gangsa dalam kejohanan ini.
“Untuk acara meja cef esok, pasukan negara telah menetapkan sasaran untuk meraih pingat emas.

“Mereka telah bersedia dengan baik dan berlatih dengan tekun untuk memastikan bahawa mereka berada dalam keadaan terbaik untuk mencapai matlamat mereka. Dengan semangat dan komitmen yang tinggi, mereka berharap dapat mewakili negara dengan kebanggaan dan membawa pulang pingat emas untuk Malaysia,” kata penolong pengurus pasukan negara, Soon Pun Voo.

Katanya, kejayaan pasukan Malaysia dalam mendapatkan pingat perak adalah satu pencapaian luar biasa yang akan dikenang dalam sejarah kulinari negara..
Acara Olimpik Kulinari Dunia berlangsung bermula 2 hingga 7 Februari ini.
Kali terakhir Malaysia menyertai pertandingan ini ialah pada 2020.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








