LUAR NEGARA

Diancam ‘mafia Pakistan’: Ahli perniagaan Malaysia minta bantuan Wisma Putra

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Malaysia meminta bantuan Wisma Putra susulan dirinya dan keluarga diancam sekumpulan mafia tempatan.

Datuk Mohammad Tahir Rahat mendakwa, kediamannya di daerah Hisari Nehri, Pakistan, telah diserang sekumpulan mafia tempatan bersenjata baru-baru ini.

Rakyat Malaysia berasal dari Pakistan itu turut mendakwa, serangan mafia itu dikatakan berpunca daripada tindakan kumpulan itu yang mahu merampas tanah miliknya yang diwarisi sejak turun temurun.

Dakwa beliau, 200 mafia lengkap bersenjata melepaskan tembakan ke arah menara peninjau rumahnya sekitar jam 7 pagi Ahad lalu menyebabkan beliau juga terpaksa berbalas tembakan dengan mereka.

“Kejadian itu berlarutan sehingga jam 8.30 pagi sehingga pihak polis tiba. Namun, kedatangan mereka hanya menyuraikan tembak menembak bukan menghentikan kegiatan mafia berkenaan.

“Kumpulan mafia berkenaan sudah merampas tanah milik saya buat masa sekarang dan mereka juga membina tembok pengadang serta menara peninjau di kawasan berkenaan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Tambahnya, mafia terbabit turut bertindak menutup semua jalan keluar masuk ke rumahnya itu dari jam 7 pagi hingga 7 petang supaya tiada bantuan dapat diberikan.

Mohammad Tahir yang berasal dari Pakistan berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kehidupan baharu pada sekitar akhir 1980-an dan berjaya mendapatkan taraf kewarganegaraan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button