
Bufet ‘Cita Rasa Klasik’ dan panggilan Zakat Fitrah di PICC
PUTRAJAYA – Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengadakan promosi bufet Ramadan “Cita Rasa Klasik” dari 13 Mac hingga 8 April 2024 pada pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam di ruang legar Aras Concourse.
Promosi bufet Ramadan itu didatangkan dengan tanda harga RM108 untuk dewasa dan RM54 untuk kanak-kanak dengan lebih kurang 250 menu setiap hari.
Bufet ini menampilkan hidangan warisan Melayu dan disertai hiburan nyanyian oleh artis residen, Rosma Sidik.
Sebagai tambahan, pengurusan PICC juga mengundang amil zakat untuk membayar zakat fitrah pada minggu kedua Cita Rasa Klasik Ramadan, memudahkan orang ramai menunaikan zakat fitrah dan mengelakkan pembayaran zakat di saat-saat akhir.
Tempahan bufet tersebut boleh dibuat melalui talian 03-8887 6000 atau melalui aplikasi WhatsApp 013-5299496.
PULSE Group merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang ditubuhkan pada 3 Jun 2002 dengan menawarkan kepakaran dalam aspek perkhidmatan, hospitaliti, pelancongan dan rekreasi di Putrajaya.
Sementara itu, Co-X, anak syarikat kepada PULSE Group, menumpukan pada pengurusan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), perkhidmatan katering dan pengurusan Hotel Pulse Grande.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








