BERITA SEMASA

Rumah ibadat dibina secara haram tidak wajar dipertahankan – Mufti Perlis

CYBERJAYA – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menganggap mempertahankan rumah ibadat yang dibina secara tidak sah bermaksud ‘menghalalkan’ pencerobohan.

Beliau berkata, bantahan terhadap kewujudan rumah ibadat yang dibina secara haram adalah selari dengan peruntukan undang-undang berkaitan pembinaan rumah ibadat di negara ini.

“Perjuangan menentang rumah ibadat yang dibina secara haram adalah perjuangan menegakkan kedaulatan undang-undang.

“Mempertahankan rumah ibadat haram bererti mempertahankan pencerobohan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah badan bukan kerajaan merancang mengadakan perhimpunan bagi mendesak tindakan diambil terhadap rumah ibadat yang dibina secara haram.

Beberapa pemimpin politik termasuk Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Parameswaran Ganason bagaimanapun melahirkan kebimbangan terhadap penganjuran perhimpunan itu.

Mereka menggesa kerajaan menyekat perhimpunan tersebut yang didakwa berpotensi untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini pula berkata, himpunan itu untuk menjunjung penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

“Sewajarnya tidak perlu ditakuti dan dihalang. Tidak perlu mana-mana pihak rasa takut.

“Ia berbeza dengan himpunan menuntut hak yang dilarang di dalam Perlembagaan. Contohnya Himpunan Pro Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button