BERITA SEMASA

LKAN 2026: UKM akan ambil tindakan disiplin, undang-undang

KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengambil tindakan disiplin dan perundangan berdasarkan hasil siasatan menyeluruh berhubung ketakteraturan serius serta pelanggaran tatakelola seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026.

UKM dalam kenyataan memaklumkan pihak universiti sedang melaksanakan proses semakan rapi demi melakukan pembaharuan dan memperkukuh sistem sedia ada.

“UKM juga telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan dalaman yang menyeluruh.

“Justeru, adalah pramatang untuk kami memberikan perincian lanjut pada waktu ini bagi menghormati proses yang sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kelmarin, LKAN 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat mendedahkan, UKM berdepan ketakteraturan serius dan pelanggaran tatakelola dalam kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan di universiti itu yang tidak mematuhi undang-undang serta peraturan kewangan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button