LUAR NEGARA
Parlimen Thailand luluskan RUU perkahwinan sejenis
BANGKOK – Parlimen Thailand telah meluluskan rang undang-undang (RUU) perkahwinan sejenis, dan bakal menjadikan Thailand sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf kesaksamaan dalam perkahwinan.
Menruut laporan Reuters, RUU itu diluluskan di dewan rendah Parlimen Thailand dengan 399 undi menyokong berbanding 10 menentang.
Bagaimanapun, RUU itu masih perlu diluluskan oleh Senat dan disahkan oleh Raja sebelum diwartakan sebagai undang-undang.
RUU itu antara lain akan menukar rujukan kepada ‘lelaki’, ‘wanita’, ‘suami’ dan ‘isteri’ dalam undang-undang perkahwinan negara kepada istilah neutral jantina.
Di seluruh Asia, hanya Taiwan dan Nepal yang mengiktiraf perkahwinan sejenis.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








